Wednesday, May 4, 2011

Ibu: Sayangilah mereka selagi ada hayat..

Terdetik hati rongga untuk menulis perihal seorang ibu pada hari ni. Ye lah, hari ibu dah nak dekat, 8 May ni je. Hari ibu ini tarikh dia x tetap tiap2 tahun. Sebab di Malaysia dan kebanyakan negara lain di seluruh dunia, hari ibu disambut pada hari Ahad ke-2 dlm bulan May...jadi mana2 yang masih mempunyai ibu, sayangilah mereka selagi ada hayat. Hargailah mereka sesungguhnya jasa ibu2 ni memang tak terbalas walaupn dgn  limpahan wang ringgit.

Dalam dekat-dekat kita nak menyambut hari ibu ni, hati aku tersentuh dah amat sedih.. Masih ada yang memperlakukan ibu seperti binatang, memukul mereka sehingga lebam, mencekik seorang ibu, menghalau mereka dari rumah..dah yang lebih memilukan, perkara tersebut dilakukan oleh anak kandung mereka sendiri.

Berikut adalah keratan akhbar pada hari ni bertarikh 4 May 2011 di Harian Metro.
"AMPANG: Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.

Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.

Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding.

Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.

“Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan ‘babi’."

####

Lepas mengamati berita tersebut, aku rasa amat sedih. Terdetik di benak hati aku ni..di manakah kedudukan seorang ibu?? Di manakah maruah mereka sehingga diperlakukan sebegitu?? Di manakah kasih sayang anak2 terhadap ibu mereka?? Adakah nafsu menguasai akal anak2 sehingga sanggup berbuat begitu??

Macam2 yang persoalan yg tidak terungkai. Adakah anak2 ni dah lupa terhadap pengorbanan ibu sejak dulu, sampai sekarang?? Sudah lupakah mereka yang ibulah yang telah mengandungkan kita, ibulah yang telah menyusukan kita, ibulah yg menyuapkan makan ketika kita lapar dan tidak berdaya, ibulah yang menyediakan minum dan pakai kita, ibulah juga yang mendodoi dah menidurkan kita, ibu juga yg menjaga kita ketika kita sakit, ibu juga yg memandikan dan membersihkan kekotoran selepas kita membuang air besar mahupun kecil. Ibu jugalah tempat kita mengadu apabila mempunyai malasah atau persoalan. X pernah aku lihat ibu mengeluh kerana melayan aku.

Tapi dalam situasi di atas, masih tergamak anak2 muda memperlakukan sesuatu yang x sepetutnya dilakukan terhadap ibu mereka.. Lupakah mereka terhadap pengorbanan dan jasa seorang ibu???


Tak tergamak kaki yang sekecil ini dahulu menyepak teranjang ibu sendiri apabila besar kelak..Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu.



Jadi, renung-renungkanlah di manakah kedudukan ibu kita di hati kita…

Adios,
Rongga

1 comments:

iez said...

Sayangi ibu hingga akhir hayat mereka.....

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger