Jadi, bas yang rongga amik ialah TX2 utk nak ke DreamWorld. Bas tu memang betul2 masuk dalam kawasan taman tema tu tau. Harga tiket pulak dalam AUD7. Perjalanan cuma amik masa dalam 35 minit. Cuaca hari tu pun ok, nasib baik x ujan. Bole rongga lenjan sume games yang ada kat dalam DreamWorld tu.
Ni la ghupe Logo Dreamworld nih..saja bagi setting high contras, nk bagi striking ckit..
Time ni..aku sampai awal pulak..pukul 9.10 a.m dah sampai sini. Sebab Dreamworld nih bukak pukul 10, so kene la tunggu lagi sejam. Tapi, kalau nak masuk awal pun bole, utk early lane tapi kene la top-up AUD10. Fuhh, kalau convert duit Malaysia, RM32 woo... baik aku tunggu je sampai pukul 10.
Tepat je pukul 10, aku pun serbu ke kounter jualan dia..ye lah, pakej dah beli semalam kat Surfer Paradise, tunjuk je la printed copy pakej tu..Then, the adventure begin.
Masuk2 je.. game pertama yang aku main The Claw..Korang tengok je la gambar2 kat bawah ni, xtau nk cherita rupa mana.. memang seronok. Memang x setanding la kat Sunway Lagoon and Genting kite tu..
Menggerunkan kan....tapi besh..
Games ni biasa2 je..xde la takut mana pun..kat Kosmos Time Square pun ada game mcm ni, tapi version yg kecik sikit..
Giant drop ni memang lagi tinggi yang ada kat Genting..kecut perut ooo...
Ni pulak moto caoster. Rasa mcm naik moto kat atas landasan roller coaster.. memang serunuk..
Tren ni aku x naik pun....saje snap utk penuhkan koleksi foto kat Gold Coast.
Sebenarnye, banyak lagi games yang aku x tercerita kat sini. Tapi kalau ada warga rongga kat sini yang nk bercuti kat Dreamworld ni..bole la tengok kat link ni..
Tapi, yang bestnyer, dalam dreamworld ni ada Australian Wildlife Experience. Xyah aku nk pegi Currumbin Wildlife Sanctuary sebab kat Dreamworld ni sume ada. Korang bole tengok buaya, kangaroo, koala, Dingo, wombat dan macam2 lagi la... Memang berbaloi-baloi..
Burung unta di bumi Australia
Whoaa...kepala aku dibaham buaya...tolong!!!!
Lepas selesai aku jenjalan kat Wildlife park nih..tempat seterusnya yang harus dituju ialah Whitewater World. X sabar2 aku nak bermandi-manda kat taman tema air di Gold Coast pulak. Untuk pengetahuan korang, water theme park ni sebelah menyebelah je.. Aku masuk dlm taman air around 2 p.m.
Nama je dah petang..tapi bila mandi, memang kecut2 jari sebab cuaca kat Gold Coast sekarang ni nak masuk musim sejuk dah. Avarege suhu kat sini 11-13 darjah Celsius. Tapi memang enjoy la...
In front of the Whitewater World Entrance
My favorite games at the water park _Green Room. bayangkan la if korang dimasukkan dalam corong ni. Syiok habisss....
So, lepas bermandi2 sampai puas...aku pn kuar dari theme park tu utk balik ke Surfer Paradise semula, dalam pukul 3.45 p.m. Aku amik bas yang sama iaitu TX2. Sementara nak tunggu bas tu, aku ternampak something yang biasa dilihat di Malaysia.
Proton Wira di bumi Australia.. bangga sungguh aku waktu ni tau.. ada jugak mat saleh nk pakai kereta buatan malaysia ni.. keta ni aku jumpa kat Car park dreamworld.
So, setibanya di Surfer paradise...aktiviti seterusnya ialah menakluk bangunan tertinggi di Gold Coast.
Untuk pengetahuan korang ini adalah service apartment mewah di Gold Coast...on top of the building they have a Lounge Bar.. nak masuk dalam tu kene bayar tau. Nasib baik aku dh amik pakej yg aku dah beli semalam. Bangunan ni ada direct lift dari Ground floor ke tingkat 77...lift tu cuma ambil masa beberapa belas saat je untuk sampai ke puncak..
Pemandangan pesisir pantai Gold Coast dari tingkat 77
Sunset di bandar Gold coast yg memukau..
Pergh...tgk lampu2 bangunan waktu malam.. santek. kat atas ni kite bole tgk 360degree view dari segala sudut.
So, sekian sahaja review rongga pada hari kedua di Gold Coast.. utk hari yang ketiga aktiviti aku kat aussie ni, sudi- sudilah baca entry berikutnya untuk Part 3.
To be continued...
0 comments:
Post a Comment