Friday, April 29, 2011

Ringgit semakin kukuh?? Realiti atau dusta

Aku terfikir nak membangkitkan isu ni sebab nak bercuti over the sea. Nak tau mana destinasi rongga seterusnya?? Opcos “AUSTRALIA”. Apa yang membuatkan aku tak puas hati, nilai currency Malaysia semakin jatuh as compared to Australian Dollar (AUD). Terkejut beruk bila tgk kat XE-Universal Currency Converter yang nilai RM sangat menyedihkan. 1 AUD = 3.246 MYR. Fuhh, memang x masuk akal.

So, aku buat la some analysis on our currency trending towards AUD for the past 10 years. Bukan takat terkejut beruk, tapi dah tergaru-garu macam beruk…memikirkan, tak kukuh rupanya ringgit Malaysia di pasaran terbuka.
So, kalau korang refer jadual kat atas ni, dalam tempoh 10 tahun, ini adalah penyusutan tertinggi nilai RM jika dibandingkan dengan AUD. Memang memalukan. Yang muskilnye, kenapa kerajaan BN kite ishtiharkan ringgit Malaysia semakin kukuh?? Putar belit ni aku akan rungkai rungkai hari ni. 

So, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bulan Sept 2010, aku ada buat booking utk hotel di Aussie, memang awal giler. Ye lah, nak dapat rate murah kan. So, deposit dah ditolak 10% from my credit card. Another 90% need to be paid upon check in dekat hotel tu. Jumlah yang perlu dibayar adalah AUD 240.30 dan waktu tu currency hanya RM 713.72. Tapi, sebaliknye jika diconvertkan sekarang, dengan nilai AUD yang sama, aku perlu bayar RM780. Kenaikan sebanyak RM67 dalam tempoh Cuma 8 bulan. Perghhhhhhhhhh…memang kukuh kan nilai RM sekarang.


Ni je yg dapat aku bayangkan untuk nilai mata wang Malaysia sekarang, memang sangat menyedihkan... tapi itulah realiti yg perlu diterima rakyat Malaysia. Malaysia juga lemah jika dibandingkan dgn EURO, Pound, NZ Dollar, termasuk la Yen Jepun, walaupn negara tu kene gempa bumi teruk..dan banyak lagi la negara lain..






Tapi, fenomena kat Malaysia tercinta ni.. kerajaan kita telah mewar –warkan yang ringgit kita sangat kukuh berbanding US. Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia 28 April 2011:
 
"Ringgit merekodkan paras tertinggi baharu sejak 13 tahun lalu apabila mencecah RM2.9780 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit terus mengalami trend meningkat sehingga kemungkinan akan mencecah paras RM2.90 dalam masa terdekat berikutan situasi tidak menentu ekonomi dunia serta perubahan polisi yang bakal dibuat Amerika Syarikat (AS)."

Memang betul, ringgit makin kukuh berbanding US, tapi jika dibandingkan dgn negara-negara lain, kita masih lemah. Selain itu juga, kadar inflasi di Malaysia juga mencanak naik. Kalau ringgit dah kukuh, sepetutnya kadar inflasi bole dikekang. Tapi, ni tidak, sume barang naik terutamanya keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, daging dan isu yang terbaru sekali ayam. Cuba bayangkan, harga sekilo ayam je dh mencecah RM9. Jadi, kerajaan yang ada sekarang ni memang bijak menggunakan media untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu ni. Memang la apa yg sampaikan semua benar, tapi apa yg diceritakan semuanya manis...yg pahit nk disorok2 pulak. 

"We just won for one battle, but we hide the loose of many battles." 


Adios,
Rongga

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger