Wednesday, May 11, 2011

Wanita dan Lelaki....di manakah kesinambungannya???

Hari ni, aku tertarik dengan status kawan aku sorang ni kat facebook. Apa yang mendorong dia tulis macam tu aku pun tak paham.. tapi, aku kurang bersetuju dgn pandangan beliau terhadap wanita.
Sila click pada gambar utk melihat lebih jelas

Tapi xpe, biar aku rephrase balik apa yg sahabat sorang ni update status beliau:
###

Wei Betina...Ingat ko sape?

Kurang ajar marah2 aku..Aku dah tolong..ko leh tengking2..

Mmg wat aku angin jer..Kalau ikut aku tadi nak je aku penampar..

Pikirkan hormat kaum wanita je..Kalau x mmg pecah dah pipi kau!!Mmg x de adab pompuan zaman skrg ni..x sedar diri..Dahlah x cantik..Kau nak tunjuk bagus..
Memang aku x kawen lah dgn perangai korang nih...


###

So, warga2 rongga..apa pandangan korang terhadap status ni??? Aku bukanlah nak menyebelah kat sape2, tapi patutkah dia keluarkan kenyataan yang macam tu. Walaupun aku seorang lelaki, namun aku amat hormati terhadap maruah seorang wanita. nak dijadikan cerita, aku x sependapat la dgn sahabat ni, lalu aku komen berunsur nasihat:

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Simple yg bole membuatkan dia berfikir. Tapi, yg paling aku terkilan dia delete komen aku. tapi xpe, hak sahabat tersebut utk delete komen tu. Ye lah, page fb dia kan. Aku x kesah apapun pandangan dia, tapi ada 3 penekanan untuk aku nak sampaikan kat sini.

1. Menjaga maruah seseorang wanita
Mcm kes kat atas, pihak perempuan tu memang salah sbb berkelakuan biadap tetapi di manakah tanggungjawab seorang lelaki?? Lelaki ni, sebagai ketua atau khalifah perlulah menasihat secara berhemah, menegur secara elok2...kasi tarbiah sikit. hehe. Sekali lagi, sahabat yg di atas menganggap semua perempuan berperangai x senonoh, biadap dan kurang ajar...dan menolak 100% terhadap wanita. Tu memang aku sgt x setuju. Siap bole kata "memang aku tak kawen lah dgn perangai korang nih". Sampai macam tu sekali ke semua wanita. 
Persoalannya, di manakah wanita itu sewajarnya diletakkan???


"Sesungguhnya, ALLAH menciptakan wanita bukan dari kepala untuk dijunjung. Dan bukan pula dari kaki untuk dipijak, tetapi dari rusuk lelaki untuk disayangi dan didamping"


Aku x tau la ini hadith, sabda rasulullah atau quotation dari mana2...tapi sesungguhnya wanitta perlu dihormati.


2. Hak bersuara di laman sosial
Tidak dinafikan, melalui laman sosial kini, dunia dikatakan tanpa sempadan. Tapi, kita mempunyai tatacara utk meluahkan apa yang dirasakan betul...tepat..dan tidak menumbulkan konflik. Tapi, apa yang aku tengok, sahabat kita sorang ni dah menghina kaum hawa secara total, di samping mengeji rupa paras seseorang. aku rephrase lagi "Dahlah x cantik". Yang paling nk diberi penekanan, sahabat kita ni secara x langsung menimbulkan Gender Conflict antara lelaki dan wanita, menumbulkan permusuhan sesama gender. Tgk komen kawan2 kat bawah dia tu pn dah tau. Memang x wajar langsung!!!

3. Berfikiran rasional dan menerima pandangan
Yang terakhir sekali, aku mendapati sahabat kita ni terlalu emo dan mengikut perasaan. Beliau x mengambil peduli terhadap pandangan sekeliling..dan yang trpenting fikiran sahabat kita ni x rasional. Ye lah, aku menyuarakan pandangan kat status facebook dia...tapi tup..tup..dia delete. Ego yang x bertempat dan x berfikiran terbuka. 

Jadi kesimpulannya...sebelum nak menyuarakan sesuatu..perlulah rasional, berfikiran terbuka, berfikir dahulu sebelum menyuarakan pendapat di laman sosial dan akhir sekali x menumbulkan konflik yang x sihat. Kerana semua faktor2 ni x elok utk dibahaskan. Yang penting, hormatilah martabat seorang wanita..kerana wanita jugalah yang melahirkan semua warga rongga kt dunia ni.

Adios,
Rongga

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger