Monday, May 9, 2011

Panas!!!!.....panas!!!!!!

Ni bukan cite hot, panas or meletop...tapi aku nak bagitau yang sekarang ni aku x selesa ibarat cacing kepanasan. Aku ingatkan KL je yang panas...rupanya seluruh Malaysia..Ipoh pun panas, Melaka, seremban..sume2 tempat la. Nape ehh?? bulan Mei ni bulan yang berpuaka ke?? Ni baru panas dunia, belom lagi panas kat akhirat nanti..renung-renungkan, selamat beramal.. (berangan Prof Izi Hj Ali pulok)
Inilah rupa cacing kepanasan..

Opsss....blom abes lagi. Lepas duk google-google nape Malaysia ni panas, aku jumpa la artikel akhbar kat Bernama hari ni.. Nah, korang baca:


KUALA LUMPUR 9 Mei – Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. 

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini hari ini.

Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998. 

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C),” katanya. – Bernama


Fuh...tahun 1998 lagi panas.. Tapi aku dh lupa dh, sebab time tu aku baru form 2. Kalau cuaca dh panas mcm ni, korang rajin-rajin la kuat minum air..Tapi xpe, aku next week nak ke Austalia, cuti2 kangaroo.. sekarang suhu kat sana dlm 16°C. 

Pergh, tengok air kat sebelah ni rasa menyegarkan sangat. Padahal, aku menaip keyboard skng ni tgh berpeloh ni. Menitik-nitik dah. Tapi xpe, cuaca panas kat Malaysia ni hanya bersifat sementara. Semoga warga rongga dapat bertahan dgn hati yang tabah..

Adios,
Rongga

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger