Wednesday, May 11, 2011

Don't Bite the Hand that Feeds You

Hari ni, rongga tertarik dengan satu billboard yang terdapat di Putrajaya. Pelik tapi benar, billboard jenis macam ni pun ada kat Malaysia sebab info yang dipaparkan ada sedikit unsur ugutan halus kerajaan BN terhadap penjawat awam.


Tengoklah papan tanda kat atas ni. Papan tanda ni terletak di persimpangan di Putrajaya dan agaknye papan tanda ni memang ditujukan khas untuk penduduk Putrajaya yang mana rata-ratanya adalah penjawat awam. Terpapar muka peminpin BN yang sinis memperjuangkan hak rakyat...betul ke?? Aku sendiri kurang pasti. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah phrase berikut:

"Don't  Bite the Hand that Feeds You"

Whoah.....bongkak sungguh kenyataan tersebut. Aku terfikir, gaji yang dibayar kepada penjawat awam ni keluar dari poket Najib ke??? nak kene bersyukur kepada kerajaan yang memerintah.. Sebab setahu aku, walaupun kerajaan bertukar...penjawat awam yang bekerja tetap kekal bagi menjalankan tugas2 murni mereka..dan gaji tetap akan dibayar dari kerajaan yang memerintah.

Cuba warga rongga fikirkan, tak kan la berlakunya pertukaran kerajaan, semua guru2 yang mengajar di sekolah, doktor2 yang bekerja di hospital awam, jururawat, pegawai polis dan tentera, pegawai2 di kementerian akan diberhentikan.. Fahaman yang diterapkan kerajaan BN adalah salah sama sekali!!! Bongkak sungguh peminpin yang memerintah sekarang.

Selain itu, gaji penjawat awam ni umumnya adalah duit rakyat, yang dikongsi untuk kebaikan bersama. Bukan dari pemimpin korup. Sumber perbendaharaan negara kebanyakannnye dari cukai dibayar oleh rakyat!! x kiralah swasta mahupun kerajaan. Cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai tanah, cukai pintu, cukai kenderaaan, cukai perkhidmatan 6%, cukai jalan dan macam2 lagi la.

Kesimpulannye, kerajaan takde hak nak menngeluarkan ayat bongkak di papan tanda yang terpapar di Putrajaya. Sesungguhnya, gaji pemimpin2 BN pun dibayar menggunakan duit rakyat.

Adios,
Rongga
.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau tak fitnah tu bukan Pakatan. Mampos la kau dgn duit fitnah tu.

Anonymous said...

Kepada Anonymous Said, haha orang yang sering mengatakan orang lain buat fitnah adalah fitnah atas diri sendiri tanpa sebab dan fakta. Duit pemberian kerajaan adalah daripada hasil duit rakyat sendiri yang bersusah payah berkerja di siang hari. Kerajaan WAJIB berkerja Untuk Rakyat bukan sebaliknya kerana Rakyat adalah Pembayar Kerajaan. "Customer/Client always right"

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger