Tuesday, April 12, 2011

Krabi ohh Krabi…(Part One)

Sebenarnye percutian ni dah basi bagi si rongga..Ye lahh, mana taknye aku dah pegi tahun lepas..So, saje je la aku nak tempek post kat sini, nak bagi banyak sikit content blog aku yg kusam ni. Plan asal nak melancong 15 Ogos 2010…tup..tup time tu bulan pose plak, tak bole la aku nak beronggeng kat sana. So, tukar ler awal bulan 8 plak. Yang penting hatiku yg berongga ni seronok dapat pegi dan balik dengan amannye. Berikut adalah itinerary 4 hari 3 malam sepanjang aku kat pantai nun jauh di Thailand (jauh ke??) bersama rakan. Tp aku cite simple2 je..nk kongsi pengalaman.


Sebelum aku nak cite pasal journey aku ke Krabi..layan dulu video nih.. Amik feel kt Thailand dulu...baru umphhhhh

Jeng..jeng..jeng…1st day
Tanggal 2 Ogos, 2010, hari yg bersejarah dalam hidup rongga (aku la tu)...aku telah menjejakkan kaki ke ke Krabi dgn Air Asia kul 1.15p.m. Penerbangan cuma ambil masa kurang dari 2 jam. Sampai je ke airport, kat sana dh tersedia kaunter tiket bas untuk ke Ao nang Beach..tiket bas cuma 150 bath..lebih kurang 15engget malaysia je..Bas tu betul2 bawak aku ke tepi pantai Ao Nang...memandangkan resort kami terperosok dlm hutan belantara..aku pn naik la tuk-tuk..besh jugak.

Kat sebelah aku ni la rupa "tuk-tuk" tu. Mana nak dapat kenderaan macam ni kat Malaysia..









Lebih kurang 10 minit perjalanan, aku pun dibawa la ke Sunda Resort. Tergamam jugak tengok resort tu. Cantikk...sape2 yg minat nak ke Krabi ni, memang highly recommended la. Nah, masuk link ni kalau nak tengok Sunda Resort tu:
Sunda Resort Ao Nang

Aku pun sempat la snap beberapa gambar sunda resort ni...tgk2..jgn tak tengok!!!







Tengok bilik pon...mak aiii..macam nak berhoneymoon pulak. Towel siap ada bentuk gajah. Aku masuk bilik je, memang tersenyum lebar. Pemandangan dalam resort memang sangat cantik, dgn tumbuh-tumbuhan hijau. lagipon feveret cale aku hijau. hehe. Ada kene mengena ke??


Seterusnya...aktiviti jalan-jalan cari makan. Petang tu jugak aku cari makan kat sekitar Ao Nang Beach. Nak cari makan halal tak jadi masalah sebab banyak restoran muslim kat sana. Nak tau, apa yg aku makan?? semestinye Tom Yam Kung, Green Curry dan Omelet with Chicken. Sedap woo...teringat2 lagi smpai sekarang, sampai meleleh air liur aku sekarang ni sambil menaip keyboard.


Menu makan yang terhidang di sebelah dalam 250bath je. So, berbaloi la melantak banyak-banyak kat krabi..








Aktiviti malamye...of course buat thai massage. Sejam cuma 300bath. Fuhh..terlipat-lipat badan aku dibuatnye oleh kakak gemok thai. Tapi, bila dah lepas kene urut tu...memang lega sangat-sangat. Pade sesape yang melancong ke Thai ni, wajib berurut..

Jari-jari aku ni pun dah  tak larat nak menaip..aku sambung next entry plak yer..banyak lagi besh-besh pasal krabi ni yang aku nak share. T.U.N.G.G.U.U.U.U.U.....


End of Part One

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger