Thursday, April 14, 2011

Krabi ohh Krabi…(Part Two)

Ini plak entry kedua untuk Krabi ohh Krabi. Straight to the point, the 2nd day begins.

Hari kedua, biasa la, pagi-pagi dah bangun untuk breakfast kat hotel. Yang bestnyer sekali, hotel yang rongga duduk ni 100% serve halal food, sebab owner dia Muslim. So, bertuah sungguh aku bercuti kali ni..senang nak makan, tak perlu nak risau pape. Breakfast yang sediakan pon bole tahan sedapnye. 2-3 round jugak la aku tibai. Nyam-nyam..

Tengok la breakfast aku, sosej ada, scramble egg ada, telur mata kerbau ada, nasi goreng thai ada..macam2 ada la kiranye. Macam nk meletop perot aku makan pagi tu.




Jadi, lepas kenyang makan kami pun balik bilik. Dalam pukul 8.30pagi, talipon bilik aku berbunyi..Wah, suspens. Rupanya, ada orang nak pick up aku dari hotel untuk aktiviti "ISLAND HOPPING". Aku pun dibawa la ke Noppharatthara Beach untuk naik Speed Boat. Kitaorg guna Barracudas Tours untuk aktiviti island hopping. Harga yang dikenakan murah je, cuma 700bath untuk sepanjang hari, termasuk lunch dan refreshment dalam speed boat. So, aku pilih 5 island tour, di mana aktiviti kat atas boat dari pukul 9 pagi..sampai 4 petang. Memang berbaloi-baloi. Pulau yg aku visit, Phi Phi Island, Maya Bay, Bamboo Island, lagi dua dah lupa dh.. tapi scenery dia memang sangat menakjubkan. 


Cantik tak pemandangan pulau-pulau kat keliling krabi. Besh kan.. Si rongga pun tak bole lepaskan peluang untuk snorkeling. Rasa macam terapung dalam air mineral plak. Memang jernih sgt...









Yang penting aku puas hati sepanjang hari ni. Selesai je aktiviti, aku cuma melepak kat bilik menahan kulit yang pedih akibat sun burn. Peringatan untuk semula, lain kali nak buat island hopping, wajib pakai SUN BLOCK cream untuk skrin protection...ehh, salah, skin protection. Jangan jadi macam rongga, habis kulit mengelupas. 

Aktiviti malam pulak, just duduk kat bilik melayan diri yang tengah penat nih. Tengok, nak makan pun punye la malas, sampai call for in-room dining. Kesian akak housekeeping, kene hantar makanan kat bilik aku.



Simple je, burger and fries, jus oren & teh o.





3rd day....
Hari ke tiga ni, cuma jalan-jalan sekitar Ao Nang beach je la untuk beli souvenir nak dibawa ke Malaysia. Aku memang sepanjang hari berjalan membeli t-shirt Krabi untuk family. sambil membeli, sambil jalan-jalan cari makan.Petang tu tengok la sunset kat tepi pantai. Memang cantik tak terkata.
 

"Suansana senja di Ao Nang Beach"


 Aktiviti malam, aku sekali lagi buat massage tapi kali ni bukan thai massage, tapi Oil Massage. Nasib baik kali ni dapat akak kurus. Takde la badan aku dilenyek macam lempeng..

Last Day
Hari terakhir, simple je..breakfast macam biasa kat Sunda Resort, pack2 barang, dan pekerja resort tu akan hantar kami ke Ao nang beach dgn tuk-tuk khas sunda resort...naik bas yang sama ke Krabi Airport...dan selamat tinggal Krabi, Thailand............selamat datang Kuala Lumpur.

Inilah tuk-tuk yang yang pekerja Sunda ni guna hantar aku ke Pekan Ao Nang
Bye-bye Krabi. I wish to go there again.








Adios,
Rongga

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger