Wednesday, March 14, 2012

My new house makeover...

Hati aku gembira tak tergambar...at last dapat jugak memiliki rumah sendiri. Walaupun rumah aku ni kecik je, but at least ada jugak la tempat aku berteduh dan berehat lepas balik keje..

2 tahun beb aku tunggu rumah aku ni siap.. bila dah siap.. poket kene ready la dgn duit yg berkepuk, buat minor renovation, beli barang2 letrik n perabot. So far aku dah duk sini seminggu dgn sowang housemate yang sporting. Kalau nak duk sorang, takut plak sebab kawasan rumah baru kan... orang pun tak ramai yang duk lagi..

So, kat sini aku nak share la gambar2 progress nak mencantikkan rumah..

Rumah sebelum dihuni:

 Ni bahagian ruang makan yang still kosong.. yang ada cuma tangga dan tong cat je.. Konsep featured wall caler dark grey...wall yag lain pulak light grey.

 Siapa mamat ni?? hahaha...rajin kan dia buat keje...

Ni pulak, aku pasang cornice untuk ceiling..pastu pasang lampu kat bawah cornice tu, baru nampak cantik.. 
 Ni rongga beli sendiri and pasang sendiri tau.. 

Rumah selepas di hias & diisi barang:

 Inilah master bedroom aku...yang dah lengkap dgn perabot.. Konsep bilik rongga ni caler kuning oren.. Kire ok la kan, caler cadar matching dgn langsir..

 Ni pulak ruang tamu umah aku..cukup la untuk berehat di hujung minggu dan time balik keje balik keje...
Rongga tengok rumah ni macam kusam je.. I must do something nak bagi rumah aku ni naik seri..

Ni pulak view dari 2nd room rumah rongga... fuhh, hutan belantara.. Malam2 je..fuh, sejuk macam kat Cameron Highlands pulak...

Nak lengkapkan rumah ni jadi macam betul-betul rumah, aku berhabis jugak la nak penuhkan ruang2 yang kosong kat rumah tu.. So, apa yang aku dah invest untuk rumah kecik aku ni..korang baca la sendiri:

  • Sharp Aqous LED TV 32 inch. (seronok beb, pakai LED tv..lagi canggih tau dari LCD sebab nipis)
  • 3 seater sofa set.
  • TV cabinet
  • Bedroom set (almari baju, set meja solek, katil dan tilam queen size)
  • 4 seater dining set
  • Bottom kitchen cabinet
  • Samsung fridge (warna merah stiking)
  • Panasonic full auto washing machine 7KG
  • Laminate floor (ni paling mahal..ribu riban aku kuar duit)
  • Door and window grill (ni pun makan ribu jugak)
  • Langsir dan batang2 nyer
  • Lampu & kipas
  • Dan lain-lain ( banyak nak sebut, mcm seterika, pisau, pinggan mangkuk, cerek letrik, rice cooker, tong gas, carpet ikea, cat rumah, cornise, dapur masak, rak bertingkat untuk kitchen...banyak lagi la kalau nak sebut)
Saje, nak share kegembiraan aku dapat rumah baru..so, kawan2..jemput la datang ke rumah baru rongga.. nanti, I will update progress mencantikkan rumah rongga lagi..


Adios,
Rongga

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger