Friday, December 30, 2011

Menawan Bukit Broga

Hai semua warga rongga.. Saje nak share kat korang semua aktiviti mr rongga last weekend. Of course la macam tajuk entry ni...aku mendaki Bukit Boraga di Semenyih..

Aku tak la nak update sangat pasal aktiviti ni..just mendaki bukit ni sangat memenatkan beb.. pancit aku dibuatnyer.. jantung aku kene extra effort untuk pam lagi laju, nak membolehkan aku yang gemok ni naik ke atas..

Aktiviti pendakian kitaorg bermula seawal jam 6 pagi.. fuhh, gelap2 lagi time tu. (bermula dari ladang kelapa sawit). Sebab nak tengok sangat kan sunrise. Tapi, malangnyer, cuaca tak berapa best..sebab tak nampak sangat view sunrise akibat cuaca mendung. Nak naik bukit broga ni free je...tapi kalau nak park dalam ladang tu kene bayar RM2, maybe sebab tanah persendirian kot..

Kalau nak gerak pagi-pagi buta, jagan lupa bawak torchlight, gelap wa cakap sama lu.. kat sana pun ada jual torchlight.. harga RM10 satu..tp mcm ampeh, fon aku punye LED torch lagi terang...

Pendakian cuma amik 30-35 minit.. mana tak akau sesak napas...follow org yang daki mcm pelesit.. average biasanye nak sampai ke puncak tu dlm 45 minit ke sejam... depands on masing-masing punye kudrat la... Bila dh sampai puncak..angin jangan cerita la...melayang aku dibuatnyer...

So, inilah dia view broga yang dah aku snap kat atas tu:


If korang nak tengok lagi pic cantik-cantik kat atas broga tu..sudi-sudi la melawat ke ronggafoto gallery.. Ala, tak banyak mana pun..at least bole bagi feel kat korang untuk daki bukit ni..
V
V
V

Akhir sekali, salam mendaki dari rongga...

Adios,
Rongga

1 comments:

Anonymous said...

Tak pernah pergi lagi bukit broga..tapi macam best saja kalau pergi dekat bukit broga ni.

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger