Aktiviti takde la apa sangat kat atas tu..just makan angain tengok pemandangan..Rongga satu family stay kat Sri Intan resort di Tanah Rata..not bad la..
So, sini la aku ngan family tido n rehat-rehat sepanjang 3hari 2 malam kt Cameron ni..
Disebabkan kemalasan yang teramat sangat untuk aku cerita semua itinerary sepanjang 3 hari kat sana... jadi aku cite tempat2 yang kitaorg visit je..
1. Pasar Malam di Brincang
Pasar malam ni best tau, macam2 benda ada jual..untuk musim cuti sekolah ni, diaowg bukak pasar mlm ni almost every night. Kalau bukan musim cuti..pasar ni cuma beroperasi tiap2 Sabtu malam.. Atara yang dishopping kat sini jagung madu, strawberry's concentrate, cactus (adik pompuan rongga beli), teh perisa strawberry and blackcurrant, souvenir, n makanan di kala lapar.. Baju sejuk bundle pon kitaorg beli tau.. best!!
antara buah yang ada jual kat pasal malam tu..pasar ni bukak seawal 4 petang and tutup pukul 10 malam..
2. BOH Tea Center
Ni antara tempat wajib korang pegi..fuhh.. memang cantik betul pemandangan kat ladang teh boh.. kat sini, korang diberi penerangan cara teh dihasilkan. Siap masuk factory BOH..
ni la view ladang teh yang terbentang luas..fuhh..cantik..
teh ni cuma di jua kat BOH tea center...xde dijual kat mana-main selain kat sini... 1st grade punye teh ni..harga dia pun bole tahan mahal.. pucuk teh ni handpick tau..
3. Agro Farm, Cameron Highlands
Kat sini..xde apa sangat pun..just korang bole tengok ladang sayur salad, ladang strawberry, jual2 cactus, souvenir, and macam2 lagi la..harga dia agak mahal compare dgn ladang2 persendirian lain. Rongga rasa bcoz tempat tu dh dicommercialised kot..
4. Healthy Strawberry Farm
Tempat ni..yang best dia ice cream strawberry. farm ni..terletak berhadapan dgn golf resort.. farm ni ada tanam strawberry organic...sbb tu diaowg namakan healthy kot. Bunga-bunga segar pun ada...
bunga-bunga yang ditanam kat Strawberry farm nihh..
5 Robinson Falls
Air terjun ni terletak kat Tanah Rata, dekat je dengan resort yang rongga stay. Tak sangka, kat atas cameron Highlands ni ada air terjun kan.. yang x bestnyer, time aku ke sana..hujan dah start turun..nak amik pic air terjun pun terbantut..penat je mengangkut tripod masuk dlm utan tu.. tp, at least..dpt la jugak snap air terjun tu.. kat sini, x bole mandi..dan tak de org mandi sbb bahaya...
Inilah hasil yang aku dapat snap kelam kabut di kala ujan.. risau woo..camera kene ujan..
Jadi..tu lah tempat2 penting yang rongga visit kat sana... masa melawat kat sana, ada jugak la souvenir yang rongga beli untuk kawan-kawan nanti.. Walaupun tak seberapa...at least ada something utk diberi..
key chain butterfly utk kawan-kawan..
Adios,
Rongga
0 comments:
Post a Comment