Ni kali pertama rongga tau yang wujudnya Hari Susu Sedunia pada 1 Jun setiap tahun.. Pelik dan ajaib. So, marilah kite berterima kasih kepada lembu sebab dah membekalkan kite semua susu yang lazat sekali. Tp rongga prefer susu coklat…sodapppp..
Terima kasih Puan Lembu sebab bagi rongga minum susumu...
Maksud Susu
Susu diklasifikasikan sebagai cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan.
Sumber: Wikipedia
sebab aku suke susu coklat..so aku letak pic nie...hehe
Macam mana dengan “susu cap gantung”??? Aku bole gerenti mesti susu pertama yang korang minum bila lahir di bumi yang fana ni tentu dari susu mak2 korang kan. So, lepas ni.. warga rongga kene bgtau mak masing2..yang duduk jauh tu call lah, x pun sms..yg duk dgn parents tu.. bagitau je kat mak2 korang..
“Mak, sempena hari susu sedunia ni, XXX nak berterima kasih sebab sudi menyusukan XXX tanpa rasa jemu..”
*XXX = gunakan nama panggilan yang family selalu guna.
Kalau semua mamalia mengasilkan susu…korang penah tangok tetek ikan paus?? Kajian menyatakan susu ikan paus mengandungi kandungan lemak terbesar, iaitu 50% dari kadar susu tersebut. Namun, susu paus tidak digunakan oleh manusia. Nak tau sebab apa susu ikan paus tak digunakan manusia…of course la susah nak perah.. binatang tu kan duduk tengah laut.
Ni rupa ikan paus tengah menyusukan anak dia...tapi dimanakah teteknya??
Selain susu lembu yang selalu kite consume dalam kehidupan harian kite…ada juga dari sumber-sumber lain antaranya:
Biri-biri
Kambing
Kuda
Keldai
Unta
Yak >> rupa dia mcm kerbau yang berbulu.
So, marilah kita sama-sama meraikan hari susu ni demi untuk mengelakkan tulang reput. Minumlah susu untuk tambah kalsium dalam tulang korang ehh.
Adios,
Rongga
0 comments:
Post a Comment