Macam entry pasal Kundasang, rongga nak share yang simple-simple je untuk rujukan korang semua... Mana la tau kan, korang nak bercuti ke Sabah nanti..
Dari Kundasang, rongga sampai kat Best Western Daya Hotel, Kota Kinabalu dalam pukul 6.30pm. Keadaan kat luar hotel pun dah gelap macam malam hari.
So, inilah hotel yang rongga dan kawan2 duduk untuk 2 malam kat KK.
Malam tu, kami pergi jalan2 cari makan kat Tanjung Lipat.. memang nampak best la sebab ada banyak deretan restoran kat tepi pantai..Tapi malangnya..kadai yang kami pilih sangatlah looser!!! menyesal pilih kedai tu.. nama kedai tu RESTORAN AMINAH....kalau warga rongga nak makan kat Tanjung Lipat, korang sume jangan sesekali pergi ke kedai tu.. Servis sgt teruk..malas nak cerita panjang2 kat sini..buat sakit hati je..
Hari Ketiga (15 Oct 2011)
Aktiviti kami pada hari ketiga bermula di Jesselton Point. kul 8 pagi dah gerak ke sana utk memulakan aktiviti island hopping dan snorkeling. Jadi, korang layankan la tentative rongga kat sana yer..
8.30a.m. : Tiba di Jesselton Point..pilih pakej island hopping yang best..Kos yang terlibat ialah Servis Jetty: RM7.20, aktiviti island hopping + snorkeling gear RM45 dan yuran masuk pulau RM3... Pakej yang rongga pilih ni utk tour 3 buah pulau...
Sapi + Manukan + Mamutik
Jadi, total perbelanjaan semua utk aktiviti island hopping ialah RM55.20... yuran masuk pulau yg RM3 tu pulak adalah access untuk masuk bagi ketiga2 pulau tu..jadi, tiket simpan elok2 yer..
Di tepian jeti Jesselton Point.
Kat sini..tak banyak gambar yang nak di share..sebab semuanya pemandangan laut... so.korang layankan je la foto-foto yang x seberapa nie nak bagi korang ada feel rasa kat Sabah
Ni masa rongga kat atas boat..menuju ke pulau sapi.. Perjalanan amik masa cuma 20 minit
(agak2 je sebab jam dah letak dalam beg..x sabar2 nak berendam dlm air)
Apakah makhluk ini???
kaunter tiket Pulau Manukan...
pulau ni JETI dia je paling lawa antara ketiga-tiga pulau yang ada kat sini..
Ni Pulak pantai pulau mamutik.. dan rongga rasa pulau ni paling cantikk..
2.00pm. : Badan dah penat...cuaca makin panas kami pun balik ke KK...mandi2 bersihkan badan kat hotel, keluar semula utk lunch kat KFC...dekat je..betul2 berhadapan hotel rongga..
4.30p.m. : Dengan kudarat yang kami ada...rongga n the gang jalan kaki dari Gaya stree ke Pasar Philippine.. plan asal nak survey2 souvenir je, tapi last2 terbeli terus kat sana.. Biasanya, pelancong2 ke sana nak beli mutiara sabah... termasuk la rongga ni..
Tak lupa jugak..rongga beli udang kering...harga dia RM30 sekilo untuk gred AAA..
8.00 p.m. : Dinner dia Tanjung Aru..walaupun bukan bersebalahan pantai...tapi sangat berpuas hati if nak dibandingkan dinner hari sebelumnya kat Tanjung Lipat..
Hari Keempat (16 Oct 2011)
Ni hari terakhir rongga berada di Borneo nie... awal2 pagi lagi..kwn2 rongga dah buat suprise.. memang x sangka betul..
Kebetulan hari tu hari jadi rongga...fuhh...diaowg dh plan dari semalam rupanya...
Pagi tu memang terkejut la..dgn surprise yg diaowg buat..Yeay..hepi..
9.00 am. : Lepas je breakfast...kami menuju ke Signal Hill (Bukit Bendera), nak tengok pemandangan Kota Kinabalu dari atas bukit.. So, far..ok la..takat tengok pemandangan je..
Signboard ni je la yang bole di share kat Signal Hill ni.. tapi orang2 KK biasanya namakan tempat ni Bukit Bendera...
10.30 am. : Rongga dan kawan2 masuk shopping kompleks yg nampak best.."Suria Sabah"..konon2 macam Suria KLCC la diaowg nak tiru...tapi x best pun..xde benda yang menarik kat sana..
11.30 am. : Kami singgah jalan-jalan kat Pasar Pagi, di Gaya Street.. dekat je dengan hotel yang rongga duduk.. Pasar pagi ni korang sume wajib singgah sebab banyak barang kraftangan yang ada jual kat situ. Macam2 souvenir yang korang bole bawak balik ke semenanjung..
Fuh...meriah betul kwn2 rongga pilih t-shirt..
Ni la keadaan kat Pasar Pagi..
Kura-kura pun ada dijual kat sini...
12.00 pm. : Check out dari hotel dan terus singgah ke Pasar Philippine lagi...nak temankan kawan-kawan rongga shopping buat hari last kat Sabah ni.. Rongga cuma beli lagi satu t-shirt sabah untuk diri sendiri..
1.00 pm. : Rongga terus menuju ke Muzium Sabah utk tengok artifak2 bersejarah peninggalan org sabah dulu2.. Kat sini, rongga x banyak snap gambar sebab x dibenarkan amik gambar dalam muzium.. Yuran masuk cuma RM2
Siap berposing kat atas titi..
Lantai yang rongga pijak ni macam ada spring yg memang tujuannya untuk tarian di dalam rumah panjang salah satu kaum di Sabah..
3.00 pm. : Kami mula bergerak ke airport KKIA Terminal 2 untuk menuju ke Kuala Lumpur.. Flight rongga pukul 6.50 ptg...so, kami berkampung la 3 jam lebih kat sana menunggu flight..
Ni lagi photo menarik kat Sabah...my official photo album tau :
Yang penting...Sabah memang besh!!!!!!!!!! rasa nak pegi lagi je next time..
Adios,
Rongga
2 comments:
Sy nk tanya ni,tempat yg awak amik pakej 2 nama pe ye?sy nk ke sana end of oct ni,so ingat bley la amik kt c2 jgk nnt coz mmg berbaloi sgt rasenye...hope that sudi share info...tq
Saya kan pergi pada deember ni. tq for the info for the island hopping
Post a Comment