Wednesday, October 19, 2011

Cuti-cuti Borneo...Kundasang

Salam warga rongga sekalian..last week rongga bercuti negeri di bawah bayu..and of course la ke Sabah untuk 4 hari 3 malam.. Jadi, kat sini rongga nak story yang simple-simple je aktiviti yang kitaorg buat sepanjang percutian kami kat sana.. Hopefully tips-tips bole la korang guna kalau nak ke Sabah nanti..

Hari Pertama (13 Oct 2011)
Kami ke sana naik Air Asia.."everyone can fly" dan tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) terminal 2 dalam pukul 12.50 pm.

Kat airport tu kami tunggu dalam setengah jam untuk orang hantar kereta sewa.. Keta rongga dah siap2 booked dari semenanjung lagi..proton saga BLM (A), dgn bayaran RM130 sehari. Servis keta sewa ni memang puas hati la..siap tank keta tu dia isi dekat nak full.. Pastu, nak pulangkan siap dia offer to extend sampai 3 jam lagi.. Kalau korang nak kereta sewa, bole contact Mohd Don Hj Aris (016-8470945).

Ni la kereta yang rongga dan rakan2 sewa..

Seterusnye..keta ni dipandu terus ke Kundasang...sebab kami stay kat sana satu malam.. Perjalanan yang diambil lebih kurang 2 jam setengah sebab jalan dia berliku-liku dan banyak  mendaki.. Kat sana kami stay at Sri Intan Resort (Telekom pnye resort nih).. not bad la..besh..

Memandangkan rongga lupa nak snap Sri Intan Resort ni....
pic en rongga posing kat area resort ni pun jadilah..

Inilah kami..hari pertama di Kundasang

Hari Kedua (14 Oct 2011)
Rongga malas nak taip banyak-banyak, so korang baca la tentatif rongga sepanjang hari ke-2 di Kundasang ni..

6.45 am. :(hari dah terang time ni)
Kami breakfast kat satu kedai depan War Memorial Kundasang..makanan dia not bad la..cedap..

7.45 am. : Santai2 makan durian sabah di tepi jalan...pergh..manis.. sementara nk menunggu "Tagal" sungai Maroli bukak..


8:30 am : Kitaorg visitor pertama datang menyinggah ke Tagal, Sungai Maruli.. kat sini ada fish spa..tapi ikan dia jenis yang besar-besar dan jinak-jinak.. Pekerja kat sana cakap, ikan2 tu ada yang dh berusia 10 tahun diaowg bela..bayaran masuk RM3 seorang..dan camera korang kene bayar RM5

9.30 am. : Rongga dan kengkawan menuju ke Poring Hot Spring..bayaran masuk cuma RM3 seorang dan tiket ni bole diguna lagi bila pegi melawat kat Kinabalu Park nanti.. Ni tempat wajib kalau korang melawat Kundasang..
jambatan gantung special hat Poring.. Jangan lupa, walaupn dah dalam Poring hot spring ni, kalau nak naik canopy walk ni, kene kuar lagi RM3 plus camera RM5..

12 noon : Kami terus gerak ke "Desa dairy Farm"..tempat tu memang cantik.. macam ala2 kat new zealand. Nak masuk ke sini murah sikit..just RM2 sorang..



Selesai je kitaorg melawat kat Desa Dairy farm ni...Rongga pergi lunch kat kaki gunung kinabalu... maksud rongga kat depan kinabalu park la.. makanan dia ok la, not bad..sedap jugak tp agak over priced compare kat semenanjung.. yang penting, perut kenyang..

3 pm. : Kami pun masuk la ke Kinabalu Park...tunjukkan je tiket yang dah dibeli kat Poring Hotspring tu..sbb management yang uruskan taman ni sama... Yang menyedihkan, view kat kaki gunung tu berkabus, so tak dapat la tgk puncak gunung yang tertinggi kat Asia Tenggara dgn jelas..

Tengok la kat belakang rongga...kabus putih je kan???

4.30 pm. : Kami turun dari kaki bukit Kinabalu Park dan terus menuju ke Kota Kinabalu.. Korang sebaiknye gerak awal sikit sebab takut gelap..kat Sabah ni, pukul 6 je dah senja dah..jalan dari Kundasang ke KK ni bersimpang siur..lampu jalan pun xde..signboard selekoh pn xde..sebab kite ni bukan expert jalan kat sana kan..

Kisah kat KK pulak akan disambung kat next entry...tungguuuu.....

0 comments:

Post a Comment

 

Rongga Ronggi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger