Agak dah lama aku tak mengupdate blog ni.. dah bersarang agaknyer.. So, harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan:
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Tahun baru Cina
Senang kan..dua ucapan sekali gus..
Bukan apa, actually aku nak bercerita pasal aktiviti aku di hujung minggu.. Sebenarnye, tempat ni pun disuggest opismate aku.. Cik Manisah, ada jugak la dua tiga kali dia tanye... So, sebab dia bertanya, aku pun buat kesimpulan macam best je kan tempat tu.. jadi, semalam aku dan rakan-rakan memulakan ekspidisi menawan Hutan FRIM..
Tak sangka jugak kat KL ni pun ada hutan simpan..tak payah pegi jauh2 untuk nak beriadah dalam hutan. Nak masuk dalam ni, korang kene beli tiket kat entrance:
RM 5 - untuk kereta bersama pemandu
RM 1 - untuk setiap pelawat
So, agak berbaloi jugak la dalam tu.. Untuk pengetahuan korang, dalam FRIM tu ada banyak jungle trekking trail.. total semua ada 6 trails. kalau nak explore semua dalam satu hari, memang tak habis la..
Aku pun just pergi satu dari enam trails yang ada... nama dia Rover Track
About Rover track:
The rover track is a dirt road which approximately follows the 170m contour on the slopes towards the summits of Bukit Beruang (401m) and Bukit Nolang (439m). It is a very popular track for joggers. However, for your safety, no vehicles are allowed.
Sumber: FRIM website
Nak tau lebih-lebih pasal FRIM ni..just layari http://www.frim.gov.my
Sebab apa aku ikut "Rover Track" ni, sebab denai ni la access paling senang nak naik jambatan gantung..dan trail ni jugak la yang paling panjang dalam FRIM ni..
Haaa...if korang nak naik jambatan gantung.. kene beli tiket dulu kat Information Center... harga tiket untuk naik jambatan gantung tu RM5 untuk dewasa. Korang jugak akan dibagi map photostat... erkkk.. sgt sedeeeh.. at least..bagi yang cantik and warna warni kan.. semangat sikit nak berjungle trekking.
Tiket nak naik jambatan gantung ni caler pink :)
Tapi, hasil pendakian sangat berbaloi... sebab nampak view KL di pagi hari... panjang jambatan gantung ni lebih kurang 150m.. ketinggian pulak 30m dari tanah...
view yang cantik dari canopy walkway..
So, bila habis je journey jalan-jalan santai atas jambatan gantung tu..aku pn turun menyusuri hutan yang tak berapa rimba tu.. Dalam perjalanan tu, aku sempat singgah kat Sungai Kroh, untuk snap pic menarik.. Kire ok la..just celup-celup kaki kat air terjun tu.. nak buat mandi macam tak sesuai je.. Sebabnya??? aku kene gigit pacat...
haa...best ni kalau mandi..tapi jaga-jaga... en. pacat kehausan darah..
So...sekian saje pengembaraan Rongga di FRIM.. Memang berbaloi lah datang sini untuk tengok keindahan hutan yang ada kat Malaysia ni...nak berpiknik dengan family pon bole..
Adios,
Rongga
0 comments:
Post a Comment